Saturday, 10 December 2016

RANGKAIAN (NETWORKED)

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan yang penting untuk kejayaan usahawan. Dengan terbentuknya rangkaian usahawan, usahawan dapat mencapai matlamat dengan lebih mudah. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan
Sebagai contoh, Puan Sri Datin Mazmin Nordin merupakan Pengarah Eksekutif, Halim Mazmin Berhad, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kapal untuk mengangkat barang-barangan. Beliau mengurus firma kapal yang diasaskan suaminya, Tan Sri Dato’ Halim Mohammad. Sejak sekian lama, sektor kapal di Malaysia dimonopoli oleh pengendalim kapal asing. Hanya 15 peratus freight iaitu barang yang diangkut menggunakan kapal daripada pelabuhan-pelabuhan di Malaysia dibawa dengan kapal yang dimiliki rakyat tempatan, manakala 85 peratus diangkut oleh kapal-kapal mlik syarikat antarabangsa. Antaranya seperti Neptune Orient Line (Singapura), P&O Nedlloyd, Evergreen (Taiwan), Orient Overseas Line (Hong Kong) dan Maersk. Di sini, kita dapat melihat beliau mempunyai rangkaian yang luas dan ini telah banyak membantu beliau dalam perniagaannya.

Halim Mazmin adalah antara firma yang mengendali dan memiliki kapal swasta yang terbesar di Malaysia. Ia memiliki 9 buah kapal, termasuk kapal tangki dan kapal kontena, dengan kapasiti muatan lebih 300,000 dwt (deadweight ton). Kapal-kapal Halim Mazmin yang membawa bendera Malaysia mengendalikan kargo pukal kering seperti beras, gandum, baja dan besi. Antara perkhidmatan lain adalah mengangkut produk petrolium Petronas dan Shell dari pusat-pusat penapisan ke pelabuhan-pelabuhan tempatan. Sebagai nama besar dalam industri maritim, senarai pelanggan Halim Mazmin terdiri daripada syarikat-syarikat ternama. Beliau digelarkan usahawan yang mempunyai rangkaian yang luas sebab beliau memawarkan kualiti perkhidmatan dan hubungan baik dengan pihak pelanggan membolehkan firma itu mendapat kontrak sew jangka panjang bagi empat buah kapalnya. Bahkan reputasinya yang baik terjalin hubungan niaga dengan syarikat-syarikat kapal antarabangsa. Halim Mazmin juga menawarkan latihan maritim kepada lepasan sekolah dan universiti bagi menjadi pegawai dan kapten kapal.

No comments:

Post a Comment