Saturday, 10 December 2016

PENGAMBILAN RISIKO (OPEN RISK TAKER)

Pengambilan risiko bermaksud risiko merupakan tolak ukur seseorang  (Kamus dewan Edisi Ketiga, 1996). Orang yang berani mengambil risiko sebenarnya seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya ketika melalui langkah-langkah untuk menikmati hasil usahanya. Selain itu, pengambilan risiko juga membawa maksud individu yang berani menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa-apa jaminan yang akan melindunginya ketika ditimpa sebarang masalah pada masa hadapan.
Bagi seseorang usahawan, mengambil risiko dalam sesuatu perkara dalam bidang perniagaan bukan perkara yang luar biasa. Mereka akan mempertimbang dahulu segala keputusan yang ingin diambil oleh mereka. Selain itu, usahawan juga merupakan seseorang yang suka akan cabaran dan dengan mengambil risiko inilah merupakan salah satu cabaran untuk mereka.  Ketika risiko yang diambil mereka membuahkan hasil, mereka akan berasa puas hati kerana keputusan yang dibuat daripada mereka tidak bersia-sia sahaja.
Antara contoh usahawan yang sanggup mengmbil risiko ini ialah Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia iaitu Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau sedia menerima sebarang kemungkinan dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus maju ke hadapan (Tokoh Tan Sri Lim Goh Toh, 2015).
Ketika beliau berusia 16 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Justeru, beliau terpaksa berpindah ke Malaya untuk mencari pekerjaan bagi meringankan beban ahli keluarganya. Apabila sampai ke Malaya, beliau pernah bekerja sebagai tukang kayu, petani sayur-sayuran dan peniaga kecil. Selepas pendudukan Jepun, beliau mengambil peluang untuk menceburi dalam bidang perniagaan menjual jentera terpakai kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap jentera berat dalam sektor perlombongan dan perladangan. Beliau juga mengambil risiko untuk menceroboh dalam pelbagai bidang perniagaan sama ada projek yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.
        Usaha yang gigih yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong telah membolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya.Hal ini dapat dibuktikan dengan beliau berjaya mendapat hak untuk membangunkan Genting Highlands Resort daripada Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama dengan membina sebuah hotel. Selepas itu, beliau telah mengembangkan Genting Highlands Resort dengan mengandungi 5 hotel (Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel), Taman Tema Genting Highlands (Indoor & Outdoor Theme Park), pusat beli-belah (First World Plaza) dan pusat konsert (Arena of Stars).

        Di samping itu, beliau juga berjaya mengembangkan perniagaannya kepada pelbagai bidang sama ada di dalam atau luar negara seperti bidang perladangan (Genting Plantations Berhad), perniagaan minyak dan gas (Genting Oil & Gas), perdagangan elektronik, bidang  pelancongan seperti kapal Star Cruises dan sebagainya. Kejayaan beliau telah menjadi teladan yang baik kepada orang ramai kerana beliau merupakan seorang usahawan yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris, tetapi belaiu tetap berusaha gigih dan sanggup mengambil risiko untuk mencabar.

No comments:

Post a Comment