Maksud berorientasikan
hasil di sini adalah untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh hasil dari
sesuatu perniagaan dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, salah satu
motif utama dalam perniagaan adalah untuk memperoleh hasil yang lumayan. Hasil
yang diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang
usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
matlamatnya.
Usahawan yang mempunyai
ciri ini ialah Datuk Jimmy Choo. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia
pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana ayahnya menjalankan perniagaan
membuat kasut. Semasa berumur 11 tahun, beliau menolong ayahnya dan berjaya
menghasilkan kasut pertama. Beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan
kasut dan fesyen di London. Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk
membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang
ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan
kasutnya merosot. Namun beliau tidak pernah berputus dan sentiasa ingin
meneruskan perniagaanya ini supaya sentiasa melonjak naik. Setelah empat tahun
bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah
majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau
masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
Namun begitu, selepas empat
tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan
dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak hari itu, Puteri Diana
terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan
jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya,
kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata
dunia.
Ciri ini perlu ada dalam
diri setiap usahawan yang inginkan kejayaan. Kita dapat lihat bahawa Datuk
Jimmy Choo tidak mudah berputus asa walaupun jualannya merosot malah beliau
menjadi lebih bersemangat untuk menaikkan jualannya. Walaupun beliau telah
mengahadapi banyak cabaran semasa membangunkan perniagaanya namu beliau masih
lagi mempunyai semangat yang kuat. Oleh sebab itu, setiap usahawan yang ingikan
kejayaan dalam bidang yang mereka usahakan, mereka mestilah menerapkan cirri
ini dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment