Semangat
berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat
organisasi Dengan konsep ini, kekuatan dan kelebihan semua ahli ataupekerja
dapat dikenalpasti. Semangat berpasukan yang terdiri daripada jalinan hubungan
bahagian-bahagian itu berjaya menaikkan nama dan keuntungan syarikat (Bidin, 2006) .
Usahawan yang mempunyai ciri-ciri semangat berpasukan
salah satunya ialah Dato’ Kamaruddin Meranun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Air Asia. Beliau merupakan bersama Datuk Seri Anthony Fernandes bagi
kumpulan Tune Group Sdn Bhd. Di antaranya merupakan pemilik bagi syarikat
penerbangan Air Asia, Tune Hotels, Air Asia X dan Formula One, Lotus Racing.
Sebelum menyertai Tune Group dan Air Asia, Dato’ Kamaruddin bekerja di
Arab-Malaysian Merchant Bank (1988-1993) sebagai pengurus portfolio, mengurus
dana pelaburan. Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif
Innosabah Capital Management Sdn. Bhd., yang kemudiannya telah dinamakan semula
Intrinsik Capital Management Sdn. Bhd.
Semangat berpasukan dapat dilihat apabila beliau
bekerjasama dengan Datuk Seri Anthony Fernandes bagi mencapai matlamat
organisasi. Sikap mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain merupakan
kunci kepada kejayaan perkongsian perniagaan mereka. Semangat berpasukan yang
ada dalam diri mereka telah menyebabkan Air Asia telah menjadi sebuah syarikat
yang terkenal di peringkat global. Kerjasama Dato’ Kamaruddin Meranundan
kakitangannya yang sama-sama memahami prinsip penjenamaan tiket tambang murah
dan dihayati antara salah satu puncak kejayaan beliau.
No comments:
Post a Comment