Kegagalan dalam
dunia perniagaan bukanlah perkara biasa bagi usahawan. Terdapat ramai usahawan
yang pada mulanya gagal pada peringkat awal. Namun, dengan semangat yang tinggi
mereka bangkit untuk meneruskan perniagaan yang dilakukan. Terdapat juga banyak
faktor yang mendorong kepada kegagalan dalam perniagaan antaranya strategi
pemasaran yang tidak berkesan dan sebagainya. Melalui kegagalan inilah, kita
dapat menjadikan kegagalan itu sebagai pengajaran dan idea baru
untukmembaikpulihkan perniagaan. Oleh itu, andai kita gagal janganlah kita
berasa malu dan tidak mahu lagi untuk mencuba. Kegagalan sering dating oleh kerana
kurangnya ilmu dalam sesuatu itu. Justeru, kita haruslah meningkatkan ilmu
dalam perniagaan.(Irfan Khiri, 2015).
Antara contoh yang dapat kita lihat ialah perniagaan
kurma iaitu Yusof Taiyoob Sdn. Bhd. yang
diasaskan olehYusoff bin Taiyoob. Beliau
memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Yusoff Taiyoob Sdn. Bhd. Beliau beasal
dari Georgetown, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung daripada empat
adik-beradik. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu
Waseem, Safiya dan Safina serta isteri yang bernama Datin Yusnita Ramli. Beliau
telah memperoleh gelaran Datuk daripadaYang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002. Jenis perniagaan yang dijalankan oleh
beliau ialah kurma, makanan dalam tin,
rempah, makanan kering dan jus buah-buahan,
Beliau
telah memulakan perniagaan dengan menjual minyak wangi. Walau bagaimanapun,
perniagaan tersebut menemui kegagalan. Terlalu banyak cabaran yang dilalui
ketika memulakan pernigaan. Sebagai contoh, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu sajatan padi lihat terlebih dulu. Beliau juga
pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah darah akibat terlalu
tertekan dan tidak menjaga pemakanan. Kejadian itu berlaku ketika umurnya masih
muda di awal perniagaan. Selepas melalui episode kedukaan tersebut, beliau
bangkit dengan mencuba pelbagai lagi perniagaan seperti mengimport makanan
termasuk kurma secara kecil-kecilan. Dari situ, bermulalah penubuhan Syarikat
Yusoff Taiyoob Sdn. Bhd. yang dikenali pada masa kini.
Beliau telah mengambil masa selama10
hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain
kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan
Brunei. Syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia,
Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga
berpatutan. Selain kurma, syarikat ini juga mengimport antara 200 hingga 300
pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga
kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran,
Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi. Sepanjang pernigaan ini, terdapat juga
cabaran yang dilalui seperti dua buah kontena kurma yang diimport telah rosak.
Namun, beliau tidak panik kerana pengalaman yang dulu membuatkan beliau memikir
dengan matang. Beliau telah ke Iran untuk menemui pengeluar kurma di sana.
Walaupun beliau telah berjaya kini, beliau masih tidak melupakan keluarga dan
rakan yang banyak membantu. Hasil kejayaan beliau juga telah dikongsikan kepada
orang yang tidak berkemampuan. Oleh itu, kita patut mencontohi sikap beliau
yang dapat dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat lain.
No comments:
Post a Comment