Saturday, 10 December 2016

PEMERHATIAN TAJAM (OBSERVANT)

Pemerhatian boleh dikatakan sebagai teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang sedang diusahakan. Dalam pengertian umum, pemerhatian bermakna cepat kepada notis atau amaran. Dengan mempunyai keupayaan ini, seseorang individu boleh membuat rancangan rapi untuk jangka masa panjang.
Seorang usahawan yang mempunyai ciri ini akan dapat memanipolasikan perubahan di sekeliling mereka kepada satu peluang terhadap perkembangan perniagaan mereka. Usahawan yang dapat meneliti setiap peluang yang ada di persekitarannya dan boleh menghasilkan idea baharu yang berkualiti berdasarkan bersesuaian keperluan masyarakat dan persekitarannya. Dengan ini, usahawan dapat menilai dan membuat keputusan dalam mengebangkan proses perniagaan mereka supaya mereka dapat terus menbanggun atau setidak-tidak terus bertabah dalam pengusahaan yang mereka jalankan.
Seorang tokoh yang boleh dikaitkan dengan ciri ini ialah Dato' Yusof Haslam atau namanya yang sebenar Mohd Yusuf Bin Md Haslam Khan. Beliau merupakan salah seorang pengarah yang terkenal di Malaysia. Beliau telah menghasilkan pelbagai filem sepanjang penglibatannya dalam industri seni ini. Antara filem yang dihasilkannya adalah Gerak-Gerak Khas. Filem ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat setempat.

Beliau dapat dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai pemerhatian yang tajam adalah disebabkan beliau cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Beliau sentiasa menerapkan konsep tajam penglihatan atau peka terhadap isu sekeliling dalam perkara-perkara yang berlaku di sekitarnya. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut yang dihadapi oleh remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Dalam filemnya juga diterapkan nasihat-nasihat dan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah- masalah tersebut.Dengan pemerhatian yang tajam ini, beliau telah dianugerahkan pelbagai penghargaan di atas karya seni yang dihasilkan olehnya. 

No comments:

Post a Comment