Saturday, 10 December 2016

BERWAWASAN (VISIONARY)

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang usahawan itu haruslah mempunyai ciri-ciri yang penting. Antaranya ialah berwawasan. Setiap usahawa nharuslah mempunyai wawasan untuk masa depan perniagaan itus endiri. Sikap berwawasan ini juga sangat penting untuk menentukan hala tuju perniagaan.
Antara contoh usahawan yang berwawasan yang boleh dikaitkan ialah usahawan yang mengusahakan perniagaan Jeruk Madu Pak Ali yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar yang teletak di kilang Simpang Empat, Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Perusahaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan sejak tahun 1985 di rumah. Bermula dengan modal hanya RM15 sahaja, perusahaan ini telah berkembang sehingga dieksport ke pelbagai Negara seperti Afrika Selatan, England dan Arab Saudi. Walaupun beliau seorang yang buta huruf tetapi denagn kelebihan Pak Ali yang bolehmenguasai Bahasa Inggeris, Jepun, Tamil dan Dialek Hokkien secara lisan disebabkan pergaulan dan persekitaran merupakan salah satu factor perusahaannya berkembang pesat. Pak Ali telah mendapat nasihat daripada pegawai PERDA untuk mengkomersialkan jeruknya. Dari situlah bermulanya, perusahaan jeruk yang dimulakan dari rumah ke persada antarabangsa. Modal yang digunakan oleh Pak Ali tidak terlalu besar kerana beliau menggunakan buah-buahan yang ditanam di ladang sendiri di Perlis. Selain itu, buah-buahan juga tidak dipotong menggunakan mesin malah beliau mengupah pakcik pakcik dan mak cik mak cik dari kawasan kampung yang secara tidak langsung membantu mereka dengan memberikan peluang pekerjaan.

Kini, sebanyak lebih daripada 20 buah kiosk telah dibuka di seluruh Malaysia. Jeruk Madu Pak Ali ini sangat istimewa kerana rasa jeruknya yang manis berbanding jeruk yang biasa yang rasanya masin. Keistimewaan ini juga telah menarik hati pelanggan untuk merasai jeruk ini. Banyak kejayaan yang diperolehi sepanjang perniagaan ini dijalankan iaitu salah satunya ialah pada MAHA 2014, pengusahaan jeruk ini telah dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Pada 7 Mac 2013, Pak Ali telah meninggal dunia akibatstrok.  Kini, perniagaannya diteruskan oleh anaknya sendiri iaitu Encik Alias bin Ali. 

No comments:

Post a Comment