Saturday, 10 December 2016

BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)

Budaya  terbuka bermaksud  satu konsep yang  mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun, menukar atau memperkaya kerja-kerja yang sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek. Usahwan yang mempunyai cirri ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Beliau merupakan perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Majalah Forbes pernah memaparkan beliau sebagai orang yang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja. Beliau juga adalah 'Wira Dermawan Asia' selain daripada Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary boleh dikaitkan dengan ciri budaya terbuka kerana beliau telah memberi sumbangan dalam projek bukan Islam. Walaupun Yayasan ini menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan islam, beliau masih lagi menyumbang kepada projek bukan Islam seperti sumbangan dana RM1 juta bagi projek langkawi yang dilaksanakan oleh MCA untuk projek pendidikan di luar bandar dan biasiswa kepada pelajar miskin.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan 2 orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan yang dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd. Selain itu, beliau juga menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan berastehtepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Pada 1979, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd dengan New Zealand Milk Products. Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor. Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. Dengan kisah-kisah kejayaan beliau di atas, cukuplah untuk menerangkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang yang berbudaya terbuka.

No comments:

Post a Comment