Proaktif didefinisikan sebagai bersikap positif dengan
merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan
akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Seseorang yang
proaktif akan menyiapkan sesuatu perkara tanpa dipesan, sebaliknya seseorang
yang tidak proaktif hanya menunggukan arahan untuk melakukan sesuatu.
Perkataan proaktif digabungkan oleh awalan pro- dan
perkataan aktif. Awalan pro- membawa maksud sebelum manakala perkataan aktif
pula bermaksud melakukan sesuatu perkara. Jadi, proaktif dikenali sebagai
bersiap sedia sebelum berlakunya sesuatu perkara. Kata seerti bagi perkataan proaktif
merupakan reaktif. Bah kata pepatah, “menyediakan payung sebelum hujan”. Seseorang yang proaktif akan membuat persediaan yang
secukupnya sebelum sesuatu perkara atau kejadian berlaku agar dapat mengelakkan
perkara buruk berlaku.
Sebagai contoh, Datuk Loh Boon
Siew juga
dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan
pengasas Boon Siew Honda. Sejak kecil lagi, beliau pernah bekerja mengutip najis haiwan sebagai
baja pertanian. Ketika berumur 12 tahun, beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di
sebuah kedai mekanik selepas merka berhijrah ke Pulau Pinang untuk menghantar
duit kepada keluarga yang berada di China. Pada ketika itu, beliau hanya mampu bertutur
dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan
rasmi. Semasa berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan
sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Beliau telah membeli 8 buah bas berharga RM200.00 daripada wang
yang disimpan sedikit demi sedikit untuk diperbaiki dan dijadikan bas
penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga
RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan
modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan
membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua
tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai
dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Pada tahun 1958, beliau
melawat Jepun dan ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan
di Malaysia. Beliau berfikir mungkin akan mendapat pasaran baik jika dibawa ke
Malaysia. Selepas itu, beliau membuat perjanjian dengan pengeluar tersebut
untuk memesan 12 unit motosikal dan kemudiannya dijual kepada kawan rapatnya
tanpa mengambil apa-apa untung. Pada mulanya, motosikal Honda yang dibawanya
ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak,
namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai
kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Langkah proaktif ini telah memberi impak
apabila motorsikal jenama Honda diminati oleh ramai rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment